Sunday, November 28, 2010

Minggu 5 BMM3105

Minggu 5 (Membina dan Menggunakan Tapak dan Laman Web Pembelajaran dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu)
Terlebih dahulu, saya meneliti pelbagai laman web dan tapak pembelajaran berkaitan pengajaran  dan pembelajaran Bahasa Melayu .Berdasarkan panduan pembinaan tapak pembelajaran yang diberikan oleh pensyarah serta bantuan rakan-rakan sekursus, akhirnya,saya berjaya membina blog dan tapak pembelajaran BM saya.Alangkah gembiranya hati saya apabila terpaparnya blog dan tapak pembelajaran di depan mata saya.terima kasih Encik Taufik dan Encik Khairul ,pensyarah-pensyarah yang saya hormati.Tapak pembelajaran akan saya gunakan dalam p&p saya yang akan dating.

Minggu 4 BMM3105

Minggu 4 (Pemilihan Bahan Internet untuk Pengajaran dan Pembelajaran BM)
Saya mencari maklumat tentang ciri-ciri pemilihan bahan pengajaran dan pembelajaran.Saya mengakses daripada pelbagai laman web dan berjaya  memuat turun  lalu memasukkan bahan-bahan tersebut mengikut folder bahan sastera,bahan tatabahasa serta bahan bidang ilmu lain.

Minggu 3 BMM3105

Minggu 3 (Aplikasi Garis Panduan dan Etika Penggunaan Internet)
Mula-mula , saya memuat turun garis panduan dan etika penggunaan internet.Kemudian saya mengakses  maklumat  serta memurnikan garis panduan dan etika penggunaan internet  dalam bentuk brosur dan Power Point.Saya juga menghasilkan bahan tadi dalam bentuk hardcopy untuk rujukan dan panduan.

Minggu 2 BMM3105

Minggu 2 (Menggunakan Internet,Enjin Pencari Bahan dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu )
Saya mengumpul dan mengkategorikan bahan audio,video,grafik dan teks daripada internet ke dalam folder berdasarkan kemahiran bahasa ,  iaitu lisan , Bacaan dan tulisan.Kerja ini agak membebankan .Namun saya tetap berusaha dan akhirnya Berjaya mengumpul bahan-bahan  tersebut.Bahan-bahan itu akan saya gunakan dalam pengajaran dan pembelajaran.

Minggu 1 BMM3105

Minggu 1 (Penggunaan Enjin Pencari Bahan Bahasa Melayu)
Melalui pembelajaran minggu ini , saya mendapatkan maklumat tentang fungsi web,video,audio,teks dan imej untuk mendapatkan bahan pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah.Saya menggunakan kata kunci,frasa yang sesuai untuk mendapatkan contoh bahan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah daripada internet.

Tuesday, November 23, 2010

Belajar Membina Blog

Penat dan tekanan yang besar pada masa sekarang.Harap-harap masa akan dipercepat dan kursus PGSR ini dapat ditamatkan lebih awal.Kursus ini memang membawa manfaat kepada saya.Namun kerja yang semakin berat dalam kursus serta di sekolah menyebabkan saya tertekan amat sekarang.